Sukan Hari Ini

Poyeng tagih sokongan pemain ke-12

Kuantan: Pemain pertahanan Pahang Saiful Nizam Miswan mengharapkan sokongan padu penyokong yang juga ‘pemain ke-12’ untuk mengembalikan kegemilangan Tok Gajah dalam saingan Liga Super musim ini.

Saiful atau Poyeng berkata, sokongan peminat akan melonjakkan semangat pemain yang mahu meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik sepanjang mengharungi saingan liga.

Sebagai pemain senior, dia berkata tiada yang lebih bermakna berbanding sokongan peminat kerana mereka nadi kekuatan skuad seperti dilakukan pada 2013 hingga 2015.

“Saya sebagai wakil pemain dan pengurusan Pahang meminta semua penyokong dan peminat teruskan sokongan kerana kami amat mengharapkannya,” katanya.

Saiful berkata, sokongan peminat amat ditagih selepas kegagalan Pahang menyerlah musim lalu hingga hampir tersingkir ke Liga Perdana.

Menurutnya, dengan segala perubahan dilakukan, dia yakin Pahang akan kembali ke kedudukan terbaik apatah lagi mendapat sentuhan Dollah Salleh yang juga bekas jurulatih kebangsaan.

“Misi utama bukan saja untuk kembali bersaing dan memberikan tentangan sengit kepada lawan tapi lebih kepada memburu sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

“Apa yang kami harapkan ialah untuk kembali meletakkan Pahang sebagai pasukan digeruni seperti dipersembahkan pada 2013 hingga 2015 selepas bergelar juara Piala Malaysia (musim 2013 dan 2014),” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");