Sukan Hari Ini

Yakin Messi Tandatangani Kontrak Lanjutan

SETIAUSAHA Teknikal Barcelona, Robert Fernandez menjelaskan hanya menunggu masa sebelum pemain Lionel Messi menandatangani kontrak lanjutan.

Memetik laporan Mail Online, kontrak Messi ketika ini akan berakhir pada 2018 dan timbul khabar angin yang mengatakan beliau akan mempertimbangkan untuk berpindah dari kelab itu.

Bagaimanapun, Fernandez menegaskan bahawa rundingan berjalan lancar dan menjangkakan Messi menandatangani kontrak lanjutan.

Selain Messi, pemain tengah Andres Iniesta dan penjaga gol Marc-Andre Ter Stegen dijangka akan turut serta menandatangani kontrak.

Barcelona kini berada di kedudukan ketiga dalam La Liga Sepanyol dengan 41 mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");