IPOH : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Dr Jailani Muhamed Yunus, di pejabatnya, di sini.
Turut menyambut kunjungan hormat tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Kunjungan tersebut turut membincangkan dengan lebih lanjut mengenai projek Agropolitan di Lenggong dan Gerik.
Projek tersebut yang merupakan satu usahasama antara kerajaan negeri dengan kementerian tersebut melibatkan hampir 400 peserta.
Komen & Pendapat