Perak Hari Ini

Zambry Ucap Selamat Tahun Baru Cina

SITIAWAN: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini telah menghadiri rumah Terbuka sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 anjuran bekas Ahli Parlimen Lumut,Tan Sri Kong Cho Ha di sini hari ini.

Majlis berkenaan telah diadakan kediamannya di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Turut hadir sama isteri Menteri Besar, Datin Saripah Zulkifli dan penasihat Menteri Besar, V Elango.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira-kira hampir 500 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Cina, Melayu dan juga India.

Tetamu disajikan dengan pelbagai jenis hidangan dalam majlis yang cukup santai.

Zambry turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru Cina kepada masyarakat Cina di negeri ini amnya.

“Semoga dengan sambutan tahun baru ini akan memberikan sinar keamanan dan keharmonian buat semua,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");