Isu Panas

AMANAH Gesa Peruntukan Biasiswa Mara Dinaikkan Semula

SHAH ALAM : Peruntukan biasiswa pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dinaikkan semula, gesa Parti Amanah Negara (AMANAH)..

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hasan berkata, cadangan itu bagi membolehkan masyarakat menikmati kebaikan dari kewujudan agensi itu.

“Pendedahan atas salah guna dana Mara kepada pasukan bola sepak adalah mengecewakan.

“Jika dana itu diguna sebagai pinjaman kepada pasukan bola sepak tersebut, apakah cagarannya dan jika ia diberi sebagai pelaburan, apa pula jaminannya?” soalnya, lapor Sinar Harian.

Mara pada Selasa memutuskan menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat Mara, yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus, Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.

Jawatan Annuar dipangku oleh Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob sehingga siasatan melibatkan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu selesai.

Mengulas lanjut Aminolhuda berkata, Mara sepatutnya lebih peka dan bertindak lebih berani dalam memperjuangkan isu rakyat.

Menurutnya, dalam kesempitan hidup hari ini, Mara harus memainkan peranannya dengan lebih baik seperti memberi pembiayaan biasiswa bukan pinjaman kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

“Kita dikejutkan dengan tindakan seorang Pengerusi Mara yang digantung tugasnya selepas didakwa terbabit dalam kes salah guna kuasa.

“Tapi persoalannya mengapa penggantungan itu dilakukan selepas pendedahan oleh Tengku Mahkota Johor? Apakah Mara tidak sedar atau sekadar membutakan mata sebelum pendedahan itu dilakukan?,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru laporan audit menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti ketirisan yang berlaku selama ini.

“Saya harap siasatan yang dilakukan lebih telus dan terbuka tanpa sebarang pengaruh politik,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");