Perak Hari Ini

Anggota Komando 69 Cedera Bot Meletup

IPOH:Lapan anggota komando 69 cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah bot di Jeti Pangkalan Polis Marin di Kampung Acheh, Sitiawan, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati letupan ini berlaku semasa anggota Polis menghidupkan enjin bot tersebut dan letupan ini berpunca daripada kerosakan enjin bot dan tiada bahan letupan lain yang terlibat dalam kejadian,” katanya.

Kesemua mangsa yang tercedera kini menerima rawatan di Hospital Daerah Seri Manjung.

“Tiada kemalangan jiwa dan kesemua anggota dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya lagi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu melibatkan sebuah bot Kerambit 3 yang digunakan untuk kursus pengendalian bot membabitkan enam peserta, dua jurulatih dan seorang mekanik.

Pihak Polis katanya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar letupan enjin bot tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");