Perak Hari Ini

Bersedia Kemungkinan Bertanding di Parlimen

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengakui sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan bertanding di Parlimen sekiranya arahan itu diputuskan oleh kepimpinan tertinggi parti.

Menurutnya, beliau akan terus melaksanakan tugas dengan penuh komited berikutan ia adalah amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh rakyat.

“Saya akan terus berkhidmat. Apabila sampai masanya sama ada disuruh pergi, kita pergi dan disuruh datang, kita datanglah.

“Dalam arus politik sekarang juga, kita kena lihat semula di mana kita dan siapa kita kerana kita bergerak dalam organisasi parti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Selamat Pagi Perak di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");