Jenayah

Aniaya Budak, Pemilik Taska Dan kakitangan Didakwa

KAJANG: Tiga wanita termasuk seorang pemilik taska didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, berkaitan 10 tuduhan menganiaya dan beroperasi tanpa lesen.

Pemilik taska, Sayani Ahmad, 46; pekerja taska, Nurhazirah Mohd Azuki, 25; dan penyelia, Nur Azureen Mohamad Nordin, 24, mengaku tidak bersalah serta an memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Memetik sumber Berita Harian, Sayani didakwa atas tiga pertuduhan menganiaya seorang bayi dan dua kanak-kanak berusia antara 11 bulan dan setahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taska Ilham Kasih, Nombor 1, Jalan 15/5, Garden Home, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi di sini, jam 10.12 pagi, 3 Januari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sayani turut dituduh menjalankan pengurusan taman asuhan kanak-kanak tanpa lesen di tempat sama, antara Jun 2016 hingga Januari 2017 dan didakwa mengikut Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, yang boleh dihukum denda maksimum RM2,000.

Manakala Nurhazirah dan Nur Azureen masing-masing didakwa atas tiga tuduhan bersubahat dengan Sayani untuk melakukan penganiayaan terhadap seorang bayi dan dua kanak-kanak tuduhan berusia antara 11 bulan dan setahun di tempat, masa dan tarikh sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan keluarga.

Mahkamah juga telah menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");