Berita Hari Ini

Tindakan ‘Ganas’ Trump, bagaimana nasib Malaysia?

KUALA LUMPUR:Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat tindakan Presiden Amerika Syarikat, (AS), Donald Trump yang dilihat membuat beberapa langkah ‘panas’ dalam pentadbirannya setakat ini tidak memberi kesan ke atas Malaysia.

Bagaimanapun jelasnya tindakan Trump yang menarik keluar AS daripada Perjanjian Trans-Pasifik (TPP) sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

“Setakat ini belum ada kesan secara langsung kepada Malaysia. Namun penarikan AS dalam perjanjian TPP akan beri kesan kepada ekonomi Malaysia,” katanya memetik sumber Sinar Online.

Terdahulu, memulakan seminggu pertama memegang jawatan presiden Amerika Syarikat yang ke 45, Trump mula melancarkan agenda dasar beliau dengan menandatangani satu siri perintah eksekutif.

Apabila Trump memenuhi janji kempen dengan menandatangani perintah eksekutif untuk menarik diri daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

TPP dianjurkan Washington dan ditandatangani oleh 12 negara pada 2015 malah TPP masih belum berkuat kuasa dan tindakan Amerika Syarikat menarik diri daripa TPP dijangka bakal menamatkan pakatan perdagangan itu.

Negara yang menyertai termasuklah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Brunei bersama-sama mewakili 40 peratus daripada ekonomi dunia.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan Trump yang menghalang kemasukan pelancong dari beberapa negara Islam dan sekatan terhadap pelarian, Mohd Azizuddin menegaskan kemungkinan isu ini menjadi penyebab kepada lahirnya lebih ramai pemberontak.

“Pengganas bukan balas dendam tapi pengganas lagi suka sebab mereka akan guna alasan ini untuk merekrut ahli baharu,” katanya.

Trump minggu lalu menandatangani tiga tindakan perintah eksekutif ke atas imigresen, bagi menunaikan janjinya pada kempen Presiden AS tahun lalu untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin, membina tembok di antara Amerika Syarikat dan Mexico, dan menjalankan “tapisan melampau” pencari visa dari negara-negara Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");