Sukan Hari Ini

Bincang Dahulu, Baru Buat Keputusan – KAFA

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Nor berkata, tiada sebarang persetujuan dibuat mengenai penundaan tarikh perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Ujarnya, sehingga kini tiada sebarang keputusan dibuat, namun perkara itu akan dibincangkan oleh pihaknya dalam waktu terdekat ini.

“Kita belum buat keputusan. Kita akan bincang dulu. Itu sahaja yang boleh saya katakan, selebihnya kita akan maklumkan dalam masa terdekat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas mengenai penundaan perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Johor DT, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu ini.

Perlawanan itu terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada JDT yang akan ke Jepun untuk kelayakan saingan Liga Juara-Juara Asia.

Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang mengendalikan saingan Liga Malaysia bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh baharu untuk pertemuan semula itu.

Dalam perkembangan yang sama, penaja utama The Red Warriors, Tan Sri Annuar Musa melalui entri laman sosial Facebooknya turut meminta pihak FMLLP memberi penjelasan yang sewajarnya mengenai penundaan itu.

Ini kali kedua Kelantan berdepan penangguhan perlawanan setelah aksi pertama pembuka tirai Liga Super menentang Melaka United, 21 Januari lalu, ditunda akibat keadaan cuaca tidak menentu di negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");