Panasnya Hari Ini

Cadangan Tengku Adnan Ibarat Penghinaan Kepada Sultan, Rakyat Kedah

KUALA LUMPUR : Cadangan Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mahu mengembangkan Wilayah Persekutuan meliputi Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian daripada Melaka dianggap sebagai satu penghinaan terhadap Sultan Kedah dan rakyat negeri jelapang padi itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebagai anak jati Kedah dan rakyat yang taat setia terhadap raja yang memayungi negeri,beliau tidak akan berdiam diri untuk bangkit menentang cadangan tidak masuk akal yang boleh dianggap sebagai ‘cadangan dari pembodek tegar’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walaupun hanya bersifat cadangan tetapi menunjukkan apa yang ada ‘dalam kepala’ Setiausaha Agung UMNO itu untuk mengambil ‘Langkawi Permata Kedah’ daripada pemerintahan Sultan Kedah agar diletakkan di bawah jajajahan takluk Kerajaan Persekutuan.

“Cadangan tersebut merupakan percubaan awal UMNO mahu merampas kuasa pemerintahan Sultan Kedah ke atas ‘Langkawi Permata Kedah’ untuk dijadikan Wilayah Persekutuan Langkawi. Ini bukan dilakukan oleh DAP,”katanya menerusi satu kenyataan, pada Rabu.

Ujarnya lagi, rakyat Kedah masih mengingati peristiwa tahun lalu apabila UMNO mengheret Sultan Kedah dalam percaturan politik untuk cengkaman kuasa politik Najib dan UMNO dalam satu komplot ‘rampasan kuasa’ dengan menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar.

“Hari ini satu lagi percubaan awal untuk merampas ‘Langkawi Permata Kedah’ dari pemerintahan Tuanku Sultan dan rakyat Kedah.

“Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung UMNO cuba memecah belah kesatuan rakyat Kedah yang berpayung dibawah kedaulatan Tuanku Sultan Kedah.

“Tengku Adnan perlu sedar bahawa, Langkawi kini telah dikenali sebagai “Langkawi Permata Kedah” dan ianya diistiharkan oleh Sultan Kedah sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Tuanku Sultan pada Ogos 2008,”tegasnya.

Jelas Mahfuz lagi, pengisytiharan tersebut sekaligus menjelaskan bahawa Langkawi adalah sebahagian dari Negeri Kedah yang selama ini pelancong luar negara akan mengenali Langkawi Malaysia bukannya Langkawi Kedah.

Tegas Mahfuz, rakyat Kedah sentiasa berdiri teguh bersama Sultan Kedah untuk tidak sama sekali menyerahkan walau seinci pun wilayah Kedah kepada Kerajaan Persekutuan.

Sebaiknya, tegas Mahfuz,UMNO perlu meninggalkan Kedah kepada rakyat Kedah dan jangan mengganggu keharmonian rakyat Kedah yang selesa dibawah pemerintahan Sultan Kedah_*.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");