Berita Hari Ini

Cari Insisiatif Bantu Rakyat Hadapi Kos Sara Hidup Tinggi – Tengku Razaleigh

GUA MUSANG: Kerajaan diminta untuk mengambil inisiatif tertentu untuk membantu rakyat berdepan dengan kenaikan kos sara hidup tinggi.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, jika tiada tindakan bagi mengatasi masalah berkenaan, ia akan membebankan rakyat berikutan harga semua barangan keperluan di pasaran kini naik.

“Justeru, kita mengharapkan kerajaan mengambil langkah tertentu membantu rakyat supaya dapat meredakan keadaan itu,” katanya lapor Berita Harian.

Pada masa sama, Tengku Razaleigh mahu kerajaan mencari jalan mengatasi masalah penurunan nilai ringgit yang secara tidak langsung menaikkan harga barang.

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan, kita tidak dapat menggalakkan pelabur dari luar untuk melabur. Disebabkan penurunan nilai ringgit, peluang pelaburan tiada selain peluang pekerjaan untuk rakyat juga terhad.

“Kerajaan juga perlu ambil langkah berjimat cermat dalam semua perbelanjaan menerusi bajet yang dibenarkan tahun ini. Perkara yang perlu di beri perhatian adalah bidang kesihatan, pelajaran dan keselamatan kerana penting untuk rakyat dan negara.

“Segala kos mengenai kerja-kerja pembinaan perlu diperhalusi supaya pemborosan dan ketirisan dapat dihentikan serta merta, selain mewujudkan jawatankuasa mengawasi segala kos perbelanjaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");