Membawang Hari Ini

Hafreez nafi bercinta dengan adik Anzalna

KUALA LUMPUR: Pelakon Hafreez Adam, 27, menafikan timbulnya ‘cinta lokasi’ antara dirinya dan Afifa Nasir, iaitu adik aktres jelita, Anzalna, ketika mereka membintangi drama Pengantinku Jatuh Dari Langit untuk siaran Hypp TV.

Namun, Hafreez yang meraih trofi Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH 2014, mengaku mereka berkawan rapat.

“Tak adalah ‘cinta lokasi’… Afifa kawan baik saya. Tahun lalu, kami habiskan lima bulan penggambaran drama Pengantinku Jatuh Dari Langit. Dia jadi heroin saya dalam drama itu.

“Selain itu, kami terbabit dalam beberapa acara bersama, …jadi memanglah kami dilihat seperti kerap berdua,” katanya memetik laporan BH Online.

Sebelum ini, gosip kononnya Hafreez dan Afifa bercinta, bertebaran apabila mereka sering dilihat bersama termasuk pada majlis pelancaran minyak wangi dan album Randy Pangalila, The Secret Randy Pangalila di ibu negara, baru-baru ini.

Mengaku dirinya suka berahsia terutama dalam soal peribadi, Hafreez menyasarkan berkahwin pada usia 30 tahun.

“Biarlah saya kumpul harta dulu,” katanya. Berkongsi kisah terbaru, Hafreez memberitahu, dia sedang menyudahkan penggambaran drama Shhh I Love You arahan Nizam Zakaria.

Drama slot Akasia TV3 itu menampilkan Gambit Saifullah dan Elvina Muhamad sebagai teraju utama.

“Selepas itu, saya akan membintangi drama kapsul 12 episod untuk YouTube selain drama Astro berjudul Hikayat Cinta Si Permata Hati.

“Insya-Allah saya juga akan membintangi filem Mia Tiara… Ini filem keempat saya. Saya dimaklumkan filem itu bakal menampilkan Amar Asyraf, Izzue Islam dan Fathia Latiff,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");