Sukan Hari Ini

Chong Wei Ke England

Kuala Lumpur: Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan mengumumkan pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei akan mengambil bahagian ke kejohanan Seluruh England.

Menurut Hendrawan, melalui imbasan Imej Resonan Magnetik (MRI) yang dilakukan semalam, kecederaan ligamen lutut kiri yang dialami Chong Wei sudah sembuh dan kembali normal.

“Semuanya dalam keadaan baik dan Chong Wei akan ke Seluruh England. Daripada segi kecederaan,ia sudah kembali normal,” katanya, lapor Harian Metro

Seluruh England yang akan berlangsung 7 hingga 12 Mac ini adalah kejohanan sulung Chong Wei untuk 2017 mengikut perancangan yang disusun Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pada 4 Februari lalu Chong Wei mengalami kecederaan ligamen lutut kiri akibat tergelincir berikutan permukaan gelanggang ABM licin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");