Jenayah

Ditahan miliki syabu 5.1 gram

TAWAU – Polis menahan seorang wanita warga Indonesia kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 5.1 gram di rumahnya di Kampung Rancangan Kalabakan, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, polis menyerbu rumah

wanita berusia 34 tahun itu kira-kira pukul 9 pagi dan menemui satu plastik berwarna biru di atas meja kecil di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Di dalam plastik biru itu mengandungi 16 plastik lut sinar disyaki dadah syabu dianggarkan bernilai RM500,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata, suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");