Jenayah

Ditahan Menyamar Pegawai SPRM, Terima Rasuah

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pemandu Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disyaki menyamar dan menerima suapan berjumlah RM2,500 daripada seorang peniaga ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, berkata suspek berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi selepas menerima wang itu daripada lelaki berkenaan di sebuah restoran makanan segera di Yong Peng.

“Suspek dipercayai memperkenalkan diri sebagai pegawai Kastam dan meminta mangsa membayar wang berkenaan. Wang suapan itu supaya tidak mengambil tindakan terhadap kedai mangsa di Paloh kerana menjual rokok dan arak tanpa cukai sah,” katanya, lapor Berita Harian.

Azmi berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang sebelum ini bekerja di Kastam Johor Bahru, dibuang kerja pada tahun lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi jika disabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya, suspek akan bawa ke Mahkamah Majistret Kluang esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");