Perak Hari Ini

Durokovic Mula Latih Skuad Perak

IPOH:Berikutan pengumuman Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) semalam berhubung penamatan kontrak bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak Perak Karl Heinz Weigang yang berkuatkuasa semalam,jurulatih baru skuad The Bos Gaurus Mehmet Durakovic pula sudah dilihat memulakan tugasnya semalam.

Pelantikan Mehmed yang berkuatkuasa semalam telah diumumkan oleh Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan menerusi satu kenyataan rasminya.

Ujar Puhat, keputusan melantik Mehmed Durakovic dibuat setelah PAFA meneliti beberapa calon jurulatih tempatan dan asing.

“Mehmed Durakovic yang berasal dari Australia berusia 52 tahun telah dipilih berdasarkan rekod beliau sebagai pemain dan jurulatih,” katanya.

Menerusi tinjauan Peraktoday, Mehmed dilihat sudah memulakan tugas mengendalikan latihan skuad The Bos Gaurus di padang PERNAMA di sini semalam bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan.

Sedikit latar belakang mengenai Mehmed yang bersama dengan Pasukan Selangor sebagai pemain dan Ketua Pasukan, telah menjuarai pelbagai kejohanan antaranya Piala Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997, Liga Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997, Piala Sumbangsih pada tahun 1996 dan 1997, Piala FA pada tahun 1995.

Beliau juga telah menjuarai Piala Malaysia sebagai Ketua Jurulatih pada tahun 2015 termasuk penyertaan di dalam Piala AFC bersamaPasukan Selangor.

Terdahulu Mehmed Durakovic juga merupakan bekas pemain utama Pasukan Australia yang pernah menyertai pelbagai kejohanan termasuk kempen Piala Dunia 1990 dan 1994 sebagai Ketua Pasukan.

Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan untuk pelbagai pasukan bolasepak di Australia.

PAFA turut menyatakan harapan dengan perlantikan Mehmed Durakovic mampu membentuk pasukan yang berkualiti dengan ilmu, pengalaman, sistem kejurulatihan dan taktikal tahap tertinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan untuk Pasukan Bolasepak Liga Super Perak The Bos Gaurus bagi musim 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");