Sukan Hari Ini

‘F1 sudah lapuk’

London: Lewis Hamilton menyifatkan perlumbaan Formula Satu sebagai ketinggalan zaman dan menyeru pemilik baru sukan berkenaan melakukan sesuatu bagi memastikan ia terus diminati.

Kenyataan Hamilton yang juga juara dunia tiga kali itu hadir ketika pasukannya, Mercedes bakal melancarkan jentera terbaru yang akan digunakan sepanjang musim 2017.

Memetik sumber Harian Metro, ia turut disiarkan pada hari sama menyaksikan bekas pasukannya, McLaren mengumumkan pengambilan pelumba baru Britain yang dipercayai mampu mengembangkan kariernya di dalam sukan berkenaan.

Era Bernie Ecclestone selaku pemimpin Grand Prix tamat secara rasminya bulan lalu apabila ia diambil alih oleh Liberty Media yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

“Saya tidak rasa Formula Satu berjaya menarik sokongan baru dan masalah itu sebenarnya sudah lama berlaku,” kata Hamilton.

“Bagaimanapun, peminat setia tetap ada dan justeru, saya mengharapkan pemilik baru supaya dapat mengubah keadaan dan memastikan ada idea baru yang dibawa bersama.

“Formula Satu sudah ketinggalan zaman. Jika anda perhatikan kepada sukan lain, mereka sudah selangkah di depan dalam faktor hiburan. Formula Satu perlu mengejar dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.”

Sudah banyak pihak yang menyeru supaya perlumbaan Formula Satu dilangsungkan dalam keadaan lebih menghiburkan dan sebahagian besar mereka menjadikan dominasi Mercedes sebagai alasan.

Hamilton berkata, perubahan teknikal perlu lebih bebas dan besar bagi memastikan peminat sentiasa seronok menyaksikan cubaan pelumba untuk memintas antara satu sama lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");