Berita Hari Ini

Kes Jong Nam : Agen Saraf VX Haram Di Malaysia – KPN

SEPANG: Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam, Agen Saraf VX telah diharamkan di Malaysia dan ia merupakan senjata kimia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, polis akan menyiasat bagaimana bahan kimia Agen Saraf VX itu dibawa masuk ke negara ini.

“Ia adalah satu senjata kimia yang diharamkan di Malaysia.

“Bagaimana ia dibawa masuk atau berada di dalam negara ini kita akan siasat,” katanya, lapor mstar.

Beliau berkata kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jumaat.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa sepasukan polis akan terbang ke Macau dalam masa terdekat untuk nengambil DNA daripada waris mangsa.

Pusat Analisis Senjata Kimia di Jabatan Kimia telah melakukan ujian awal untuk mengenal pasti jenis bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");