Sukan Hari Ini

FELDA United ‘Intai’ Sathianathan

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung FELDA United Zulkarnain Muhammad mengesahkan mereka akan mengumumkan jurulatih baru minggu ini dengan tiga calon dalam penilaian termasuk bekas jurulatih kebangsaan B Sathianathan.

Memetik sumber Harian metro,jelasnya tindakan segera perlu bagi mencari pengganti yang ditinggalkan Azmi Mohamed sebelum aksi menentang Perak Sabtu ini selepas FELDA United kini menduduki tangga kedua tercorot Liga Super.

“Kami ada calon untuk mengisi tempat yang ditinggalkan jurulatih Azmi Mohamed dan memang benar salah seorang calon itu B Sathianathan. Ketika ini masih dalam peringkat perbincangan dengan semua calon berkenaan.

“Kalau boleh kami mahu mendapat jurulatih sebelum perlawanan Liga Super dengan Perak, sebab memang tak sempat untuk cari jurulatih baru sebelum perlawanan dengan Tampines Rovers bagi saingan Piala AFC Selasa ini,” katanya.

Terdahulu dilaporkan bekas pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan Sathianathan kini berada dalam radar FELDA United yang sekarang dilihat terumbang-ambing selepas ketiadaan Azmi.

Sathianathan masih mempunyai kontrak bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai Ketua Jabatan Kejurulatihan namun beliau mengakui sedia menerima tawaran FELDA United jika segala perbincangan berjalan lancar.

Skuad The Fighters kini dikendalikan oleh penolong jurulatih Mohamad Nik bagaimanapun keputusan kurang memberangsangkan dicatat dengan tiga kekalahan berturut-turut kepada Kelantan, Johor Darul Ta’zim dan Selangor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");