Sukan Hari Ini

Harap Dapat Kekalkan Momentum

Kuantan: Kapten Pahang Matthew Davies meminta agar rakan sepasukan mengekalkan momentum kemenangan ke atas T-Team pada 27 Januari lalu, dikekalkan apabila bertemu Sarawak di Stadium Negeri, Sabtu ini.

Biarpun menyedari bakal beraksi di tempat lawan, pemain pertahanan itu percaya dengan kejayaan meraih kemenangan pertama selepas dua perlawanan akan melonjakkan moral semua pemain untuk beraksi lebih cemerlang.

Menurutnya, segalanya diharapkan menjadi dengan corak permainan yang diterapkan jurulatih, Dollah Salleh untuk memastikan misi menambah mata pada perlawanan ketiga menjadi kenyataan.

“Sudah pasti kami gembira apabila meraih tiga mata di laman sendiri dan apabila beraksi di tempat lawan, misi itu tetap menjadi keutamaan untuk mengukuhkan kedudukan dalam saingan liga.

“Oleh itu kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan prestasi seperti yang dipamerkan ketika menewaskan T-Team 5-0 minggu lalu,” katanya memetik sumber Harian Metro.

Mengulas kehadiran pemain baru dalam skuad Tok Gajah, dia positif dengan pemain berkenaan yang diharap membantu memperkasakan skuad itu bagi memburu kejayaan bermakna musim ini.

Menerusi barisan pemain yang berpengalaman dan matang, pemain kelahiran Australia itu percaya kehadiran mereka boleh membantu Pahang kembali menyerlah dan memberi cabaran kepada lawan.

Antara pemain berpengalaman yang menyarung jersi Pahang musim ini adalah Ashari Shamsuddin, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Joseph Kalang Tie, Wan Azraei Wan Teh, Zubir Azmi dan Muslim Ahmad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");