Sukan Hari Ini

Harap Wilshere kekal di Bournemouth

PENGURUS Bournemouth, Eddie Howe berharap Jack Wilshere kekal di kelab itu musim depan.

Wilshere meninggalkan Arsenal dan menjadi pemain pinjaman di Bournemouth untuk mendapatkan kekerapan beraksi dalam pasukan.

“Untuk musim ini Wilshere datang ke sini sebagai pemain pinjaman.

“Wilshere adalah pemain yang bagus dan saya berharap dia akan terus berada di kelab ini walaupun saya sedar keputusan akhir pada Arsenal yang merupakan pemilik pemain berkenaan,” kata Eddie Howe, lapor Sinar Harian.

Wilshere mengakui kepuasannya beraksi bersama Bournemouth kerana diberi kepercayaan untuk beraksi secara tetap.

Pemain England berusia 25 tahun itu telah tampil dalam 19 perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama Bournemouth.

Lebih menarik, Wilshere bebas daripada sebarang kecederaan dalam musim ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");