Berita Hari Ini

Hari buat 188 pengundi awal

Lundu: Pengundian awal PRK Tanjong Datu membabitkan anggota tentera dan polis serta pasangan diadakan di Unit Lapang Sasar Kem Sampadi dan Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu, hari ini.

Memetik sumber laporan Harian Metro, Pusat pengundian dibuka bermula kira-kira 8 pagi dan akan ditutup pada 5 petang.

Malah tinjauan di pusat pengundian mendapati proses membuang undi kelihatan tenang dan berjalan lancar.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Pengarah SPR Sarawak meluangkan masa meninjau proses pembuangan undi.

Pengundian awal bagi PRK Tanjong Datu membabitkan 188 pengundi awal dan hari pembuangan undi pada 18 Februari depan.

PRK Tanjong Datu yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru itu diadakan selepas penyandangnya Allahyarham Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia 11 Januari lalu.

Barisan Nasional diwakili Puan Sri Jamilah Anu manakala Parti Reformasi Negeri diwakili Johnny Aput dan Rapelson Richard Hamit mewakili Parti Bansa Dawak Sarawak Baru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");