Isu Panas

Ideologi Tun M Punca PAS, PPBM Tidak Akan Bersatu

IPOH : Perbezaan ideologi dan pengaruh yang dimiliki Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat menjadi punca parti itu dengan Pas tidak akan bersatu.

Bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sehingga kini masih ramai pimpinan selain akar umbi Pas yang mengingati tentang perlakuan dan tindak tanduk Mahahthir ketika memerintah negara suatu ketika dulu.

“Kedua-duanya mempunyai sejarah yang bercanggah. Pas konsisten menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir hingga kini. Jadi tak mungkin mereka boleh bersama sebagaimana mereka tak boleh bersama DAP.

“Bagi saya, kalau setakat Muhyiddin Yassin (Tan Sri) mungkin Pas boleh terima tetapi tidak Mahthir. Perkara ini lebih menjurus ke arah individu dan bukan parti,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Reunion @ 55 Batch 1969-1974 di Sekolah Kebangsaan Seri Kinta, di sini, hari ini.

Menurutnya, meskipun ada di kalangan pimpinan kedua-dua parti melakukan pertemuan namun ia dilihat tidak serius kerana sehingga kini tiada sebarang keputusan diputuskan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");