Berita Hari Ini

Industri penjagaan kesihatan sasar RM5b KDNK 2017

KUALA LUMPUR – Industri penjagaan kesihatan menyasarkan sumbangan hasil sehingga RM5 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2017 Malaysia.

Angka ini adalah berdasarkan anggaran sejuta pelancong penjagaan kesihatan yang melawat negara ini tahun ini.

Pada 2016, sumbangan industri kepada KDNK melebihi RM1 bilion, kata Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ia berkata, pasaran utama meliputi pelancong dari ASEAN, namun segmen penjagaan kesihatan Malaysia kini menyaksikan pertumbuhan kukuh pelawat dari China dan India.

MHTC berkata sektor perjalanan perubatan sudah menjadi pilihan utama di Asia.

Kejayaan tokoh MHTC yang menerima penghargaan di peringkat antarabangsa atas sumbangan cemerlang dalam penjagaan kesihatan global, memperkukuhkan lagi keyakinan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MHTC ,Sherene Azli, bersama 50 wanita lain terpilih sebagai ‘Wanita Cemerlang dalam Penjagaan Kesihatan 2017’ pada Kongres Kesihatan dan Kesejahteraan Dunia 2017 baru-baru ini.

Sejak kebelakangan ini, sektor pelancongan penjagaan kesihatan Malaysia menyaksikan pertumbuhan pesat.

Perakuan ke atas Sherene akan membantu memacu penjagaan kesihatan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");