Sukan Hari Ini

Rozabil sah tarik diri

Petaling Jaya: Tiada banyak perubahan dalam senarai akhir calon yang bakal bertanding pada pemilihan di Kongres ke-53 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bulan depan apabila mesyuarat Exco badan induk itu hari ini mengesahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tan Sri Annuar Musa sebagai calon bakal merebut jawatan Presiden FAM.

Memetik sumber laporan Arena Metro, tindakan Datuk Rozabil Abd Rahman menarik diri sekali gus menyaksikan persaingan bagi dua kerusi timbalan presiden hanya membabitkan penyandang Datuk Seri Afandi Hamzah, Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Bagaimanapun, Afandi yang mempengerusikan mesyuarat Exco ke-11 memaklumkan tiada alasan diberikan oleh Rozabil yang membuat keputusan menarik diri.

Sementara itu sembilan calon sah bertanding bagi empat kerusi naib presiden adalah Datuk Zainol Fadzli Paharudin, Datuk S Sivasundram, Mohd Joehari Mohd Ayob, Datuk Ab Ghani Hassan, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, Datuk Astaman Abd Aziz dan Marzuki Sulong.

Bagi jawatan Exco lelaki pula bakal menyaksikan 17 calon bertanding untuk lapan kerusi manakala 7 calon merebut dua kerusi Exco wanita.

Kesemua calon bagaimanapun masih boleh menarik diri sebelum pemilihan bermula pada 25 Mac depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");