Membawang Hari Ini

‘Kami baik-baik saja…’

Kuala Lumpur: “Terima kasih kepada yang bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami.

“Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja.”

Begitu ulasan pelakon Nazim Othman berhubung dakwaan perkahwinannya bersama pelakon Bella Dally berantakan.

Memetik sumber Harian Metro kenyataan pelakon drama Lara Aishah itu juga sekali gus merungkai desas-desus yang tersebar sejak petang tadi.

“Dari dahulu lagi saya memang tak suka berkongsi kisah peribadi. Malah selepas berkahwin pun prinsip saya masih sama.

“Berkenaan gosip itu, tak ada apa yang perlu diceritakan lebih lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu sebuah blog menyiarkan perkahwinan Nazim dan Bella dikatakan berantakan selepas Bella memadam gambar Nazim di laman Instagram miliknya.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September lalu di Kota Kinabalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");