Perak Hari Ini

Keliru Dengan Persepsi Media Sosial: Antara Sebab Golongan Muda Enggan Keluar Mengundi

Ipoh: “Tidak mahu mengundi kerana benci dengan dasar-dasar baru yang kerajaan perkenalkan tetapi dalam masa yang sama enggan mengundi pembangkang”

Sikap beginilah yang wujud dikalangan golongan pengundi muda zaman kini dan permasalahan ini dilihat semakin teruk.

Terdapat sesetengah golongan muda yang menganggap bahawa tidak ada gunanya mereka terus memilih Barisan Nasional kerana ia seolah-olah tidak memberi kelebihan kepada mereka.

Bagi Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Perak, Muhamad Iqbal Jamal Jamaluddin, golongan muda kini sering keliru dengan mainan persepsi di media sosial dan tugas jentera pemuda Umno adalah membetulkan persepsi masyarakat melalui fakta yang diberikan.

“Strategi penerangan menggunakan media sosial digunakan khusus menarik minat golongan muda.

“Kerajaan telah melakukan gerak kerja lebih awal namun lebih tersusun dengan strategi dengan memberi penerangan menerusi media sosial,” katanya,” katanya.

Dalam pada itu, bagi Ketua Pemuda UMNO Parit Buntar Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaluddin pula, pengundi muda lebih inginkan harapan untuk melihat Malaysia lebih maju dengan dasar-dasar yang relevan pada masa akan datang.

“Golongan muda perlu melihat siapakah yang memberi harapan yang lebih jelas, konkrit dan nyata pada anak muda sendiri.

“Wujudnya dasar-dasar baru kerajaan tidak seharusnya menjadi penyebab kepada golongan muda untuk tidak keluar mengundi.

Tambahnya lagi, gerakan terbaru kerajaan yang memberi kepercayaan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin antara lain bertujuan menggarap aspirasi anak muda dan meletakkan harapan anak muda di tangga teratas pada masa hadapan.

“Kita perlu menilai kerajaan yang mendengar,ambil tahu tentang anak muda dan selesaikan termasuklah berkaitan isu pekerjaan, perumahan dan pelbagai lagi.

“Golongan muda perlu menilai secara rasional akan memilih kerajaan yang memberi perhatian yang khusus kepada anak muda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi pula menganggap golongan ini dahagakan harapan baharu untuk menjalani kehidupan dan kesejahteraan dalam negara.

Bagaimanapun, disebabkan mendapat maklumat yang kurang tepat maka golongan muda lebih cenderung mengambil langkah untuk tidak keluar mengundi.

“Kebanyakan mereka sudah melepasi pendidikan tinggi ingin mencari pekerjaandan sepatutnya mereka lebih arif untuk menentukan apa yang harus dilakukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");