Perak Hari Ini

Keprihatinan Masyarakat Bantu Kerja Amal Masih Kurang

PASIR SALAK:Sikap keprihatinan dan kesedaran dalam membantu kerja amal kebajikan dikalangan masyarakat dilihat masih berkurangan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata langkah memupuk sikap itu perlu supaya kebergantungan bantuan daripada pihak kerajaan dapat dikurangkan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus merasmikan Majlis pelancaran Badan Amal Pusat Khidmat Parlimen Pasir Salak di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang selaku penaung kepada badan amal itu berkata penubuhan badan tersebut merupakan satu langkah membantu golongan memerlukan dengan gerak kerja lebih tersusun teratur dan menyeluruh.

“Langkah membantu akan lebih berkesan apabila kajian dan penilaian dilakukan terlebih dahulu dalam memberikan bantuan dari segi moral atau material.

“Bantuan amal bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga malah badan-badan kerajaan dibawah naungan pusat khidmat juga boleh membantu sama,” katanya.

Jelasnya lagi program kebajikan juga perlu mengubah cara gerak kerja dalam melaksanakan kerja amal.

“Anggota badan amal perlu membuat kajian melibatkan semua golongan yang memerlukan bantuan seperti ibu tunggal, orang miskin dan golongan sasar.

“Statistik angka perlu ada serta kajian dan penilaian juga perlu dilaksanakan apabila perangkaan diperoleh ia boleh merancang bagi setiap golongan seperti jumlah tenaga kerja, kewangan dan penambahan sukarelawan jika perlu,”katanya.

Katanya pendekatan baru perlu supaya kesedaran dan sikap prihatin dan kesedaran anggota masyarakat dapat dipertingkatkan dalam menyumbang kepada kerja amal.

“Kita mahu wujudkan sikap peduli dalam kalangan masyarakat dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");