Berita Hari Ini

Kerjasama ibu bapa, guru penting bagi pelajar

SANDAKAN – Kerjasama antara sekolah dan ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) penting bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk pelajar, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Menurutnya selain menjadi penghubung di antara ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah, PIBG juga menjadi platform terbaik untuk percambahan fikiran, saranan serta cadangan.

“Di samping itu, PIBG juga bertindak sebagai komuniti yang boleh menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah,” katanya ketika merasmikan mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Zakaria Mohd Edris.

Musa berkata, persatuan yang dianggotai oleh pelbagai latar belakang profesion, sudah tentu akan dapat bersama-sama menjayakan pelbagai program yang melibatkan aspek yang bukan sahaja mampu meningkatkan prestasi akademik pelajar tetapi juga prestij sekolah pada keseluruhannya.

Beliau berkata, ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan sepenuhnya peranan mendidik anak di bahu guru kerana pendidikan juga bermula daripada institusi keluarga.

Katanya ia memerlukan kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama untuk meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran anak di sekolah.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");