Membawang Hari Ini

Khai Bahar Pilih Syafinaz Jadi Guru Vokal

KUALA LUMPUR:Penyanyi, Khai Bahar memilih Syafinaz Selamat menjadi guru vokalnya dalam usaha untuk memantapkan kemampuan suaranya.

Khai berkata, mulai minggu depan, dia akan mempelajari teknik kawalan dan lontaran suara dengan Syafinaz yang pernah popular dengan lagu Ingin Bersamamu itu.

“Selain belajar vokal, saya juga mahu tambah ilmu dalam nota muzik. Selama ini, saya pandai bermain gitar dan keyboard tetapi tak tahu membaca muzik.

“Memang jauh perjalanan seni saya dan banyak yang perlu dipelajari,” katanya memetik sumber BH Online.

Khai berkata, tiada tempoh ditetapkan untuk dia mempelajari vokal dengan Syafinaz.

“Ia bergantung kepada kemampuan diri. Proses belajar takkan pernah bernoktah. Saya akan belajar sampai berjaya,” katanya yang mencipta populariti melalui perkongsian klip video di laman YouTube dan aplikasi Smule.

Mengenai populariti penyanyi seangkatan seperti Aiman Tino dan Sufian Suhaimi yang melonjak kebelakangan ini, Khai menganggap ia soal rezeki.

“Tak timbul soal tergugat atau sebagainya… Bakat itu bersifat universal. Rezeki masing-masing kita tidak tahu, bukan?” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");