Membawang Hari Ini

Lagu Cerita Kisah Eddie

Bekas anggota kumpulan Tiga Swagger yang kini bergerak solo, Eddie Ghiller tampil dengan single terbaru berjudul Cerita Sama.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Eddie atau nama sebenarnya Zaidi Zailani ini dilancarkan menerusi laman YouTube pada 14 Februari lalu sempena sambutan Hari Kekasih.

Menariknya lagu ini ia turut disertakan dengan video muzik yang menampilkan anak perempuannya, Keisha Laila iaitu hasil perkahwinan bersama bekas isteri, pelakon Nabila Huda.

“Lagu ini bertemakan cinta dan bergenre hip hop. Bukan apa, selama ini saya jarang menyanyikan lagu cinta. Apa saya boleh katakan, lagu ini adalah kisah sebenar saya mengenai pasangan yang tak jujur. Saya tak perlu berkongsi lebih, tapi apabila mengamati lirik lagu ini pasti semua faham.

“Pendek kata saya puas apabila dapat meluahkan segala isi hati dalam lagu. Mengenai pembabitan Keisha pula, itu adalah pilihan saya sendiri. Apatah lagi Keisha sebahagian daripada kisah lagu ini,” katanya memetik sumber Harian Metro.

Tambah Eddie lagi, dia bersedia menerima apa saja maklum balas daripada pendengar berkenaan nyanyiannya.

Malah, Eddie tidak akan berputus asa atau tunduk dengan segala komen negatif. Sebaliknya terus berusaha menghasilkan lagu sehingga dia diterima sebagai penyanyi solo.

“Selepas keluar dari kumpulan itu, saya pernah berkolaborasi dengan Didi Astillah menerusi lagu Hari Baru. Kemudian saya mencuba menghasilkan lagu sendiri dan memasang impian untuk menyanyikan sendiri lagu itu.

“Jadi sejak November lalu, saya berjaya menghasilkan tiga lagu. Saya mempunyai perancangan sendiri dan tak boleh duduk diam saja. Saya mahu mengembangkan bakat sebagai penyanyi solo.

“Insya-Allah selepas lagu Cerita Sama, saya bakal muncul dengan single lain pula. Mungkin selepas empat bulan nanti. Apa pun maklum balas diberikan saya tetap meneruskan perancangan ini. Saya ingin dikenali sebagai penyanyi dan komposer,” katanya.

Selain itu, Eddie juga dalam rangka mempromosikan single berjudul Seram Dik Seram nyanyian bersama Cat Farish.

Segala info berkenaan kerjaya Eddie boleh layari di Instagram miliknya @eddieghiller.

Rapat dengan seseorang

Selepas tujuh tahun hidup menduda, Eddie mengakui dia kini berkawan rapat dengan seseorang sejak setahun lalu.

“Siapa yang tak nak kahwinkan? Selama ini saya selalu terfikir ada tak yang sanggup berlahwin dan hidup bersama saya. Saya bimbang sekiranya orang itu tak boleh menerima kehidupan saya.

“Tapi selepas berkenalan dengan seseorang tahun lalu, dia mengubah persepsi saya. Disebabkan dia bukan orang dalam industri muzik jadi dia lebih banyak memotivasikan diri saya. Dia adalah tulang belakang saya sekarang.

“Apa saja yang saya ingin dilakukan, dia yang paling banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat,” katanya.

Bagaimanapun, Eddie mengakui dia belum mempunyai sebarang perancangan ke arah yang lebih serius kerana ingin menstabilkan kedudukan kewangan terlebih dahulu.

“Dia sangat memahami keadaan dan kedudukan saya sekarang. Saya menyerahkan soal kahwin ini pada ketentuan Allah. Saya percaya jika ada jodoh pasti tak ke mana.

“Saya memang merancang berkahwin dengannya tapi bukan dalam masa terdekat ini. Saya mahu memberi fokus kepada kerjaya solo terlebih dahulu. Jika semuanya sudah okey, baru boleh berfikir ke arah itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");