Jenayah

Laporan Punca Kematian Diperoleh Minggu depan

PELABUHAN KLANG: Laporan bedah siasat mengenai punca sebenar kematian Kim Jong-Nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara akan diperoleh pada minggu depan.

Memetik sumber Harian Metro Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya memerlukan bahan tambahan mengenai mangsa termasuk latar belakang lengkap diri dan waris atau keluarganya.

“Ia adalah suatu perkara yang memerlukan pengesahan terlebih dulu terutama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita (kementerian) akan memperincikan punca sebenar kematian mangsa yang diperoleh pada minggu depan,” katanya.

Sebelum ini, Subramaniam meminta polis dan Jabatan Forensik diberikan ruang dan masa menjalankan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca kematiam Jong-Nam.

Terdahulu Jong-nam maut dipercayai selepas diserang dua wanita iaitu warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, dan rakyat Indonesia, Siti Aisyah, 25, ketika menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");