Sukan Hari Ini

Lawan sudah tahu strategi Liverpool: McAteer

BEKAS pemain Liverpool, Jason McAteer mendakwa prestasi buruk The Reds sejak kebelakangan ini disebabkan lawan sudah boleh membaca strategi dan corak perlawanan kelab itu.

Ujarnya, skuad kendalian Jurgen Klopp perlu segera mencari jalan penyelesaian jika mahu menjadi tiga pasukan terbaik liga.

“Mereka tiada plan B. Lawannya sudah tahu strategi dan corak permainan mereka.

“Antara kelemahan mereka ialah tidak mampu bertahan bila diasak dan kurang konsistensi di belakang. Ini membolehkan lawannya mengeksploitasi kelemahan ini.

“Liverpool kena buat sesuatu jika mahu menjadi pasukan terbaik liga,” katanya.

Liverpool hanya memperoleh satu kemenangan, empat seri dan lima kalah daripada 10 perlawanan.

Terbaharu, Liverpool tewas 0-2 kepada pasukan di zon penyingkiran, Hull City.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");