Berita Hari Ini

Lipatganda Promosi Batu Cave Sebagai Lokasi Pelancongan

KUALA LUMPUR: Usaha mempromosikan Batu Caves sebagai salah satu lokasi pelancongan penting negara terutama ketika musim perayaan Thaipusam perlu dilipatgandakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan rekod kehadiran pelancong dalam dan luar negara ke kawasan ini tahun lalu yang berjaya menarik seramai 1.5 juta orang.

“Saya merasakan bahawa perayaan ini bukan saja program keagamaan (masyarakat Hindu) yang saya sendiri hormati, malah seramai 1.5 juta orang dari dalam dan luar negara juga ada di tempat ini tahun lalu.

“Sebagai produk pelancongan (negara), saya harap Kementerian Pelancongan adakan promosi di seluruh dunia apa yang kita rayakan pada hari ini,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, perayaan Thaipusam juga adalah simbolik kepada keharmonian agama di Malaysia dan ia seharusnya dipertahan semua pihak.

Sebelum itu, Ahmad Zahid mengadakan lawatan dan kunjungan mesra ke Batu Caves, sempena perayaan Thaipusam yang disambut penuh warna warni di seluruh negara.

Beliau berkata, dengan pengecualian visa yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat India dari kategori tertentu, ia diyakini mampu menarik mereka ke Batu Caves apabila berkunjung ke Malaysia nanti.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid akan memastikan peruntukan RM2 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menaik taraf Dataran Batu Caves, disalurkan segera bagi memudahkan kerja naik taraf.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");