Berita Hari Ini

Malaysia tiada dalam senarai larangan masuk AS

KUALA LUMPUR : Malaysia tiada dalam senarai larangan masuk ke Amerika Syarikat, kata Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini.

Kedutaan tersebut memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia masih boleh memasuki AS dengan visa yang sah, kata kenyataan tersebut.

“Arahan Eksekutif yang dikeluarkan masih lagi sah namun Malaysia tidak berada di dalam senarai negara-negara yang terjejas.

“Rakyat Malaysia masih boleh melancong ke AS dengan menggunakan visa yang sah,” katanya kepada Malay Mail Online melalui Twitter, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, terdapat insiden melibatkan seramai 71 orang pelancong dari 20 buah negara termasuklah Malaysia yang dihalang memasuki negara tersebut dan ditahan di Lapangan Terbang JFK.

Sementara itu, menurut Twitter No Ban JFK yang merupakan sekumpulan peguam dan sukarelawan membantu mereka yang terlibat insiden di Lapangan Terbang JFP serta mereka yang ditahan di Lapangan Terbang New York.

Kumpulan tersebut juga berkata, barang peribadi milik individu yang ditahan seperti komputer riba telah dirampas dan juga turut disoal siasat mengenai pandangan mereka mengenai kumpulan pengganas Islam.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada seorang ‘rakyat’ Malaysia seperti dilaporkan merupakan warganegara ataupun pemegang pasport negara lain namun keluar dari negara ini.

Kedutaan Amerika juga tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai perkara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");