Membawang Hari Ini

Mahu Jadi Penerbit Eksekutif Pula

KUALA LUMPUR:Pelakon pelakon Fattah Amin kini mencuba nasib bagi memperluaskan lagi bidang kerjaya dengan membabitkan diri sebagai tenaga kerja belakang tabir pula.

Buat julung kalinya beliau akan diberi peluang mengendalikan sebuah projek di bawah terbitan A Aida Production sebagai Penerbit Eksekutif bagi drama Dia Anak Jeneral.

“Alhamdulillah, sekarang saya cuba berjinak-jinak dalam bidang pengurusan produksi untuk drama Dia Anak Jeneral.

Kiranya, selain berlakon, saya turut mengendalikan keseluruhan produksi. Sebagai orang baharu, ia sememangnya satu tanggungjawab yang besar.

“Saya tahu, ramai yang mempertikaikan kemampuan saya memandangkan ia bukan kerja yang mudah. Begitupun, saya cuba menggunakan ilmu yang dipelajari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam kerja ini. Saya tahu, saya mampu melakukan kerja terbabit,” katanya memetik sumber BH Online.

Fattah merupakan pelajar Ijazah Pengurusan Industri Kreatif di universiti berkenaan.

Tambah Fattah, walaupun namanya masyhur dalam industri seni tempatan, beliau akan memastikan dirinya sentiasa menambah ilmu, terutamanya dalam bidang yang diceburi.

“Bagi saya, ilmu tidak akan pernah habis walaupun kita sudah tua nanti. Ilmu juga takkan datang kepada kita, sebaliknya kitalah yang perlu mengejarnya.

Atas alasan itu saya sambung belajar walaupun jadual kerja sangat padat saat ini.

“Mujur saya mempunyai kumpulan pengurusan yang hebat. Mereka mengaturkan jadual saya dengan sebaiknya agar pelajaran dan kerja saya bergerak seiring,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");