Perak Hari Ini

MK Land Tidak Terkesan Dengan Penyusutan Ringgit

IPOH : pemaju hartanah, MK Land Holdings Bhd tidak terkesan dengan kesan penyusutan mata wang Ringgit disebabkan penggunaan barangan tempatan dalam pembinaan rumah mampu miliknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MK Land Holdings Bhd berkata, hampir 60 hingga 70 peratus barangan pembinaan syarikatnya adalah daripada barangan tempatan.

“Mungkin pembinaan di sekitar Lembah Klang ada kesan sedikit, tetapi ianya tidak membebankan.

“Kita menggunakan sekitar 60 hingga 70 peratus barangan pembinaan adalah barangan tempatan jadi kesannya tidak banyak sangat,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Secara Simbolik 171 Unit Rumah Teres Mampu Milik (Platinum, Sapphire dan Emerald), hari ini.

Terdahulu, Pengerusi MK Land Holdings, Felina Mustapha Kamal menyerahkan replika kunci kepada 10 pemilik rumah yang membeli rumah di Klebang Putra.

Ujarnya lagi, kontraktor yang dilantik oleh syarikatnya digalakkan untuk menggunakan barangan tempatan dan sekiranya terdapat barangan import ia melibatkan jubin dan barangan lain,kesannya tidak begitu ketara.

Beliau berkata lagi, kebanyakan projek perumahan MK Land pada tahun ini telahpun dalam proses tender dan tidak ada kos untuk sebarang peningkatan harga rumah.

“Sekiranya telah ditetapkan pada harga itu, harga barang naik atau turun, ia sama sekali tidak akan menjejaskan harga rumah.

“Mungkin pada masa akan datang kita akan dapat lihat dengan lebih jelas melalui beberapa analisa yang akan dibuat,”jelasnya.

Terdahulu, sebanyak 171  unit rumah teres mampu milik, satu dan dua tingkat telah diserahkan kepada pembeli di Klebang Putra, di sini yang siap empat bulan lebih awal daripada jadual.

Projek di Klebang Putra merangkumi pembangunan Fasa 1 dan 2 di mana 1,273 unit rumah dan 292 unit kedai di Fasa 1 telah diserahkan kepada pembeli.

Bagi Fasa kedua, ia merangkumi 73 ekar dari keseluruhan projek Klebang Putra dan mengandungi 969 unit rumah teres serta 49 unit rumah kedai.

“Projek yang di dalam pembinaan sekarang adalah 189 unit rumah mampu milik Ruby dan Emerald 2 dan dijangka siap pada bulan Jun 2018,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");