Berita Hari Ini

Mustahil kerajaan Kedah ambil alih Pulau Pinang

SHAH ALAM – Kerajaan Kedah amat mustahil untuk mengambil alih Pulau Pinang pada masa kini memandangkan beberapa peruntukan undang-undang yang menghalang perkara tersebut daripada direalisasikan.

Pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat, banyak perjanjian sudah ditandatangani Kedah, bermula dari abad ke-18 dengan kerajaan British.

“Melalui Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 yang ditandatangani oleh Sultan Abdullah dengan Francis Light yang mewakili kerajaan British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Syarikat tersebut akan membayar pampasan sebanyak 30,000 dolar Sepanyol kepada Kedah sekiranya negeri itu diserang.

“Sebagai balasan, SHTI akan diberikan Pulau Pinang oleh Kedah. Akhirnya, syarikat tersebut menduduki secara rasmi pada 11 Ogos 1786,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas Haniff, beberapa perjanjian lagi turut ditandatangani bagi mengukuhkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri, seperti Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, yang membolehkan Pulau Pinang ditadbir di India, dengan pejabat pentadbiran negeri itu terletak di Calcutta sebelum ia berpindah ke London pada 1867.

Kemuncak kepada status Pulau Pinang sebagai sebuah negeri adalah menerusi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

“Dalam muka surat pertama perjanjian berkenaan, Sultan Tunku Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Alimshah telah mewakili kerajaan Kedah dan Sir Donald Charles MacGillivray mewakili British dengan masing-masing menandatangani perjanjian itu.

“Dengan ketiadaan mana-mana klausa khusus dalam perjanjian itu, maka undang-undang akan menganggap dengan sah bahawa Kedah telah mengabaikan tuntutannya terhadap Pulau Pinang, selewat-lewatnya pada 5 Ogos 1957 iaitu tarikh termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957,” jelasnya.

Menurut Haniff, perkara ini amat penting kerana sekiranya merujuk kembali dokumen rundingan dan perolehan kemerdekaan, Kedah dilihat tidak membantah semasa pembentukan Pulau Pinang pada ketika itu.

Sekalipun melalui undang-undang tertinggi Malaysia, katanya, peluang negeri tersebut untuk mendapatkan pemilikan Pulau Pinang semula amat sukar dari sisi undang-undang pada saat ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid bercadang untuk mendapatkan semula Pulau Pinang setelah ratusan tahun menjadi negeri sendiri.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");