Sukan Hari Ini

Nadal Tewas Kerana Letih

Madrid: Rafael Nadal akan berehat seketika selepas tewas di tangan Roger Federer pada final Terbuka Australia, hujung minggu lalu.

Persekutuan Tenis Sepanyol menyatakan Nadal digugurkan daripada skuad Piala Davis berikutan masalah keletihan selepas mengharungi lima set di final kejohanan itu, Ahad lalu.

Sementara itu tempatnya akan digantikan Feliciano Lopez untuk aksi menentang Croatia pada pusingan pertama Kumpulan Dunia.

Persekutuan itu menegaskan, keputusan dibuat selepas mendapat pandangan doktor pasukan Angel Ruiz Cotorro yang berkata Nadal tidak akan sempat cergas untuk menghadapi pertemuan dengan Croatia.

Beliau berpendapat, Nadal sudah mengharungi terlalu banyak perlawanan selepas berehat selama empat bulan akibat kecederaan pergelangan tangan.

“Aksi Rafa bulan lalu juga perlu diambil kira,” kata kapten Sepanyol Conchita Martinez.

“Dia perlu berehat selepas berusaha keras dan sudah tentu dia akan kembali bersama kami pada pusingan berikutnya,” memetik sumber Harian Metro.

Juara 14 acara Grand Slam itu dijangka kembali bermain di Rotterdam dari 13 hingga 19 Februari ini.

Nadal yang menduduki ranking keenam dunia, membantu Sepanyol mengatasi India tahun lalu sekali gus memastikan tempat di Kumpulan Dunia walaupun tidak bermain acara perseorangan gara-gara kecederaan pergelangan tangan.

Pemain lain yang akan membawa cabaran Sepanyol ketika menentang Croatia ialah Roberto Bautista, Pablo Carreno dan Marc Lopez.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");