Isu Panas

Pas Cabar Amanah Pulangkan Semula Kerusi

JOHOR BAHRU : Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamad mencabar Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menyerahkan semua kerusi yang dimenanginya pada PRU lalu kepada Pas dan bukannya bersikap mendabik dada.

Beliau bberkata, cabaran itu wajar disambut Amanah sekiranya mereka sebuah parti yang ‘gentleman’.

“Sekarang ada tujuh kerusi. Itu pun Amanah bawa lari kerusi Pas.

“Amanah mana ada kerusi lagi. Kalau gentleman serahkan tujuh kerusi kepada rakyat, biar rakyat yang mengadilinya, barulah tahu siapa disukai rakyat. Bukan caranya dengan mendabik dada. ALLAH SWT tidak suka kepada orang yang sombong,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengenai Amanah berhasrat menguasai Kelantan, Mahfodz berkata adalah lebih baik tunggu keputusan PRU14 daripada ‘bermimpi di siang hari’.

Susulan dakwaan Salahuddin bahawa Pas berpecah kerana ahlinya telah memasuki Amanah, beliau berkata rakyat boleh menilai.

“Kalau ikut kata Salahuddin, Pas dah gulung tikar kerana separuh ahli Pas dah masuk Amanah dan akan datang mengatakan suku lagi akan keluar Pas.

“Kalau dengar kata dia ahli Pas tinggal 250,000 sedangkan hakikatnya ahli Pas ada sejuta lebih, ahli Pas yang keluar masuk Amanah pun tak sampai 50,000. Macam mana dia kata separuh ahli Pas masuk Amanah. Dia tak tahu matematik agaknya,” katanya.

Selasa lalu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin mendakwa Pas akan berdepan dengan perpecahan sekali lagi kerana menampakkan kerjasama dan hubungan baik dengan Umno.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");