Jenayah

Pegawai, Anggota Tentera Direman 7 Hari

KUANTAN : Dua pegawai dan anggota tentera masing-masing berpangkat leftenan kolonel dan staf sarjan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah.

Sinar Harian melaporkan, perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Nurunaim Abdullah di Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini.

Semalam, SPRM telah menangkap seorang pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel yang bertugas di Kementerian Pertahanan kerana dipercayai telah menerima suapan daripada kontraktor-kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya yang mana isterinya merupakan pengarah syarikat tersebut.

Susulan itu, SPRM turut menahan seorang lagi anggota berpangkat staf sarjan yang bertugas di Pahang.

Suspek berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 8.40 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kuantan.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");