Jenayah

Pelajar UiTM Maut Dalam Kemalangan

KUANTAN : Seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat antara yang maut selepas kereta Proton Saga dinaiki, kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan, dekat Kampung Semangat, di sini kelmarin.

Mangsa, Siti Nur Hidayah Mahadzir, 20, dalam perjalanan pulang ke rumah kakak dan adiknya.

Kakak mangsa, Siti Radhiah, 23, cedera di badan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, manakala adiknya, Muhammad Kamaruddin, 17, retak tulang kaki kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan, Mohd Noor Yusuf Ali berkata, siasatan awal mendapati, kereta dipandu kakak mangsa menghala ke bandar ini dari Pekan dipercayai hilang kawalan dan melanggar pengadang jalan, lalu terbalik.

“Mangsa (Siti Nur Hidayah) masih menuntut di UiTM Segamat, Johor manakala Siti Radhiah menuntut di Uniten di Muadzam Shah, Rompin dan Muhamad Kamaruddin merupakan pelajar Sekolah Menengah Vokasional, di sini.

“Sampel darah dan air kencing pemandu dan penumpang hadapan akan diambil untuk ujian toksikologi di Jabatan Kimia,” katanya, lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");