Berita Hari Ini

Pemohon kerja sambilan meningkat

AKIBAT kesempitan wang, jumlah pemohon kerja sambilan di laman sosial di Malaysia, kini didapati telah meningkat 58 peratus pada tahun lalu berbanding 2015.

Selain itu, punca pertambahan pemohon kerja sambilan ini turut dikaitkan dengan segelintir pekerja yang memilih karier mengikut minat mereka walaupun bukan sebagai pekerja tetap.

Menurut satu kajian yang dibuat dalam sebuah portal, PartTimePost.com, berbanding tahun 2014, bayaran gaji kepada pekerja sambilan ini turut meningkat pada tahun lalu terutama dalam bidang juru jual di pusat beli-belah dan kedai.

Pengasas bersama PartiTimePost.com, Chai Wen Leong memberitahu, buat masa ini, bagi bidang jualan runcit, gaji untuk pekerja sambilan adalah antara RM8 hingga RM12 sejam, berbanding RM5.50 sejam kira-kira tiga tahun lalu.

“Apa yang kami dapati, ramai orang terpaksa mencari kerja sambilan kerana merungut tidak diberikan kenaikan gaji tahunan oleh majikan. Terdapat juga sesetengah orang, terutama pesara gemar melakukan kerja sambilan semata-mata untuk menghabiskan masa lapang mereka.

“Bagi golongan pesara yang berusia dalam lingkungan 55 hingga 60 tahun, mereka kini didapati gemar memilih bidang teknologi bermaklumat sebagai kerja sambilan dan jumlah ini telah meningkat 18 peratus berbanding dua tahun lalu,” kata Wen Leong kepada Sin Chew Jit Poh.

Golongan pesara ini, jelas Wen Leong, diterima oleh kebanyakan majikan kerana dikatakan bertanggungjawab dalam tugas yang diamanahkan mereka, ditambah lagi memiliki pengalaman bekerja.

Menurut beliau, antara jenis kerja sambilan yang kerap dipilih pemohon termasuklah juru jual di pusat beli-belah, pelayan restoran, mengajar di pusat tuisyen, juru kamera, ejen insurans dan hartanah.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");