Jenayah

Penjenayah ‘Putih Mata’ Tercicir Jongkong Emas

Shah Alam: Sekumpulan penjenayah ‘berputih mata’ apabila beg berisi jongkong emas bernilai kira-kira RM70,000 tercicir ketika suspek tertindak untuk melarikan diri.

Memetik sumber Harian Metro kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi Khamis lalu, ketika pemilik rumah di Seksyen U11, di sini sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi barang terjatuh.

Sejurus tersedar, pemilik rumah itu melakukan pemeriksaan sebelum mendapati pintu dan jeriji di bahagian belakang rumah rosak akibat diumpil.

Mangsa kemudiannya segera menghubungi polis sebelum polis tiba tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika kejadian pasangan suami isteri itu tertidur di ruang tamu akibat kepenatan sebelum dikejutkan dengan bunyi bising objek terjatuh.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 30 tahun itu menjalankan perniagaan katering selain urus niaga jual beli emas yang baru diceburinya.

“Lebih 10 jongkong emas diletakkan dalam beg berkenaan. Beg itu yang turut mengandungi beg duit isteri mangsa dijumpai di belakang rumah oleh anggota polis yang menjalankan siasatan sejurus selepas menerima aduan,” katanya.

Beliau berkata, anggaran keseluruhan kepingan emas itu mencecah RM70,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");