Membawang Hari Ini

Penyanyi Yale Yale Derita Kanser Paru-Paru

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal era 60-an, M Ishak atau nama penuhnya Mohamed Ishak Shaik Mohamed, 71, dimasukkan ke hospital Tan Tock Seng, Singapura, Isnin berikutan penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya.

Kakaknya, Sadiah, 73, berkata penyanyi yang terkenal dengan lagu Yale Yale dan Joget Si Hitam Manis itu kini tenat apabila doktor mengesahkan penyakit terbabit mula merebak ke bahagian lain dalam tubuh.

Menurutnya, mereka sendiri baru saja mengetahui penyakit yang dihidap oleh adiknya itu.

“Dia baharu saja keluar daripada hospital yang sama, selepas 10 hari mendapatkan rawatan apabila kurang sihat.

Namun, Isnin lalu keadaannya semakin tenat apabila sudah tidak boleh bangun dan tidak mahu makan apa-apa. Saya terpaksa menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital.

“Doktor akhirnya mengesahkan dia mengidap kanser paru-paru dan penyakit itu mula merebak ke bahagian leher, menyebabkannya hilang selera untuk makan. Lebih menyedihkan, doktor mengatakan jangkitan itu mungkin mula menyerang bahagian otak dan ia menyebabkannya kadang kala menjadi pelupa,” katanya memetik sumber BH Online.

Bagaimanapun, katanya, doktor belum mengesahkan tahap kanser yang menyerang penyanyi itu. “Kami pun tidak tahu sejauh mana kanser yang menyerangnya.

Saya dan anak-anaknya sudah sepakat, apa saja yang berlaku pada dirinya, kami tidak mahu dia menjalani sebarang pembedahan.

Jika dia mampu bertahan dengan ubat, kami akan menjaganya sebaik mungkin.

“Melihat pada faktor usianya, saya rasa dia sendiri berkemungkinan tidak kuat untuk melawan sekiranya terpaksa melakukan pembedahan,” katanya.

Pada usianya yang sudah mencecah lebih tujuh dekad, bintang pop yeh yeh itu masih aktif menyanyi di kedua-dua negara, Malaysia dan Singapura.

“Saya rasa dia sendiri pun tidak tahu mengenai penyakitnya kerana kali terakhir dia mendapat jemputan membuat persembahan adalah pada Januari lalu di Kuala Lumpur.

“Ketika itu, dia mula mengadu rasa tidak sihat. Apabila pulang saja ke Singapura, dia terus di bawa ke hospital dan ditahan selama 10 hari,” katanya.

Bapa tunggal kepada empat anak dan 13 cucu itu pernah menerbitkan dua album iaitu The Young Lovers (1967) dan Joget Si Hitam Manis (1970).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");