Berita Hari Ini

Bot Pelancong Perlu Dipantau Oleh Agensi Berkaitan – MATTA

KOTA KINABALU: Peraturan dan operasi bot pelancongan perlu dipantau dan dikuatkuasakan oleh agensi berkaitan setiap masa bagi mengelak tragedi bot pelancong berulang, kata Naib Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata, sebagai agensi utama menyelia aktiviti bot, Jabatan Laut harus memastikan hanya bot dilengkapi aspek keselamatan, peralatan kecemasan dan komunikasi yang sudah diuji kestabilannya boleh diberi lesen membawa pelancong.

Katanya, selain menutup operasi jeti haram, agensi itu juga perlu memastikan semua pelabuhan dan jeti di bawah pengawasannya selamat.

“Insiden bot karam baru-baru ini memberi kesan yang buruk kepada kita. Sehubungan itu, Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah harus menerima pakai amalan terbaik demi kepentingan bersama,” katanya lapor Berita Harian.

Kok Liang berkata, pihak berkuasa perlu menetapkan hanya beberapa jeti utama di tanah besar sebagai pangkalan bot pelancong yang dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang.

Selain memantau keadaan bot dan kemudahan, katanya, pemeriksaan perlu juga dibuat terhadap lesen dan kecekapan tekong serta kru selain memastikan bot hanya dibenarkan meninggalkan jeti apabila bilangan dan senarai penumpang sepadan.

“Tragedi baru-baru ini berlaku kerana bot beroperasi di jeti yang tidak dibenarkan. Kekurangan pengawasan menyebabkan struktur jeti yang dirobohkan akan dibina semula dan ia mungkin berterusan selagi tidak didakwa di mahkamah.

“Pelbagai aktiviti haram juga dikhuatiri berterusan jika tindakan tidak diambil ke atas pengendali jeti,” katanya.

Katanya, di darat, pengusaha pelancongan hanya boleh menggunakan kenderaan pelancongan berlesen dan dibenarkan membawa pelanong selepas mematuhi syarat pelesenan.

Beliau turut menggesa agar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah menyelesaikan segera isu jeti Kampung Tanjung Aru yang digunakan pengusaha bot pelancongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");