Berita Hari Ini

PM, TPM ucap takziah atas pemergian ibu Azmin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas pemergian ibunya, Che Tom Yahaya awal pagi tadi.

“Takziah kepada YAB @AzminAli & keluarga atas pemergian bonda tercinta, Hajah Che Tom Yahaya. Moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. al-Fatihah,” katanya menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan takziah kepada Mohamed Azmin menerusi akaun Twitternya.

“Takziah untuk DS Azmin atas kembalinya ke rahmatullah bonda beliau. PM & saya telah bercakap melalui telefon dengan beliau jam 6 tadi. al-Fatihah.

Che Tom, 82, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini pada 2.14 pagi ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");