Perak Hari Ini

PRU-14: Saranan Kibar Bendera

IPOH:Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak mengarah semua AMANAH di setiap kawasan di negeri ini bertindak menaikkan bendera AMANAH sebagai syiar termasuklah di semua Pusat Khidmat Peduli Rakyat.

Ia berikutan kerana jangkaan bahawa tahun 2017 ini merupakan tahun bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Naib Pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam, Mesyuarat Pimpinan AMANAH Perak pada Ahad lalu turut mengarahkan agar setiap rumah Ahli parti itu mengibarkan bendera logo AMANAH sebagai langkah pendedahan buat rakyat untuk mengenalinya.

“Ia sebagai langkah keberadaan AMANAH dalam politik negara dan agar mudah untuk mengundi AMANAH pada PRU14 yang dijangkakan selepas Sambutan Hari Raya tahun ini.

“AMANAH Perak merasakan sudah tiba masanya agar penyokong dan Ahli AMANAH untuk membina semangat rakyat bahawa AMANAH sudah bersedia menghadapi PRU14 kali ini bersama-sama KeADILaN serta DAP di dalam Pakatan Harapan (PH) dan juga BERSATU,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Malah jelasnya kehadiran AMANAH pada PRU14 kali ini sebagai memenuhi impian rakyat yang inginkan perubahan dan menunjukkan kesepakatan yang jitu antara parti yang bersama-sama dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan sekutunya pada PRU14 kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");