Isu Panas

Pujuk Husni Sertai Pembangkang

BATU GAJAH : Pimpinan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu memujuk bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah supaya menyertai gabungan pembangkang dalam menghadapi PRU14.

Ini kerana, kata Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kredibiliti yang ada pada Ahli Parlimen Tambun itu dilihat mampu menjadi aset kepada Pakatan Harapan dan Bersatu untuk mengalahkan BN.

“Beliau merupakan aset yang besar dan saya syorkan supaya kita pujuk beliau bagi menambahkan kekuatan Pakatan Harapan dan Bersatu bagi menumbangkan BN.

“Kita kena tawarkan diri, jumpa beliau dan ajak sertai kita kerana saya lihat beliau dalam suasana yang cukup kecewa pada hari ini dengan pelbagai skandal yang terpalit ke atas negara,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Pakatan Harapan Selamatkan Malaysia di Kampung Ara Payung, di sini, kelmarin.

Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar, Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman dan Ketua Dapsy Perak, Howard Lee Chuan How.

Menurutnya, cadangan memujuk Ahmad Husni itu juga disuarakan beliau kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali minggu lalu, semasa perjumpaan di Taiping.

“Saya sudah beritahu pada Azmin tentang cadangan ini dan beliau (Ahmad Husni) boleh sertai mana-mana parti asalkan ia dalam Pakatan Harapan ataupun Bersatu,” katanya.

Selain itu, Mohammad Nizar turut menegaskan Mohamed Azmin nyata kecewa dengan tindakan Pas yang mengenakan pelbagai syarat untuk menjalinkan kerjasama dengan Bersatu.

“Azmin jarang kritik Abdul Hadi (Presiden Pas) sebenarnya tetapi dengan syarat yang dikenakan Pas seperti kena ikut kehendak mereka, mereka yang jadi ketua, itu tak kena. Azmin kata itu bukan demokrasi tetapi kuku besi,” katanya.

Beliau berkata, tindak-tanduk yang dipamerkan pimpinan Pas pada ketika ini juga dilihat bercanggah selain tidak serius untuk menumbangkan BN.

“Tak taulah apa yang Najib (Perdana Menteri) buat kepada mereka (Pas) kerana sehingga hari ini termasuk semasa PRK di Kuala Kangsar, Pas langsung tak sentuh isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan skandal RM2.6 bilion,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");